Wednesday 24 December 2014

22 Disember 2014.

Bismillahirahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t..

Hai evelibadi. Hello helo hello. How are you doing? Wahahaha speaking kau. Hihi korang camne sihat tak? Ambe sihat aje tapi mata bengkak sikit hehehe. Apa cer result mazlin? Nak tahu nak tahu? HAHA setia membaca kay hehehe.

Tepat jam 4:47 a.m. 22 December 2014,
Diri ini tiba tiba terkejut sendiri. Memang pelik lah sebab selama ni tak pernah pun bangun awal cenggitu haha. Selama ni subuh lewat sokmo hehehe ops terlebih jujur hehehe. Emm so bangun bangun tengok henset dah pukul 4.47. Try nak tidur balik tapi tak boleh. Yelah kan orang cakap "Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena" hoh gitu.. Now ada experience dah macam tu hehehe.

Bangun tu terus mandi, siapkan diri. Ada masa lagi sebelum subuh, isikan masa dengan qiamulail alhamdulillah. Tapi tak dapat khusyuk mana lah kan sebab duk mikir pasal result fuh. Insyaallah diterima Allah lah tu amin hehehe. Lepas siap solat terus menuju ke iron board. Cari iron nak buat apa lagi gosok baju sekolah lah kan. Sebenarnya I gosok baju MPP. Hahaha so what? Em I MPP 2013, 2014 dah taknak sebab PT3 lol hahaha alasan nawok ok hehe. Cakap kat group tak jumpa tudung putih lah apa lah hahaha lol alasan semua tu sorry guys hehehe. Ni lah last time pakai baju nyela ni. Baju kuning bos haha. Megang molek masuk dewan haha. Nak rasa saat terakhir pakai baju pemimpin lol. Mengada tak mengada tak? Kikikiki... Neway tudung makin ketat. Nok royaknye makin gemuk waaaaaaaa. Pastu tetas k hehe.

Lepas siap iron, tengok Despicable Me 2 kat laptop. Lahai hilangkan nervous lah hehehe. Sedar tak sedar dah pukul 6.30 pagi. Terus kejutkan ayah untuk solat. Ayah lepas solat terus ke stesen buat kerja sikit. Pastu I layan Bubu. Mandikan dia. Bagi makan. Neway Bubu tu type of cat okay eh no kitten hehehe. Niko Niki tak dilayan sebab babil tak dengar cakap hehe. Hah neway niko niki is the type of rabbits hehehe. Sedar tak sedar lagi,, dah pukul 7.47.. terus kejutkan kak awin dan ibu suruh siap siap sebab ayah cakap nak bertolak pukul 8 kan.

Ayah sampai rumah pukul 8.20. Tak kisah pun ayah lambat sebab mereka berdua masih tak siap haih perempuan perempuan lol hahahaha. Lepastu terus gerak ke sekolah. Adik adik adik ditinggalkan di rumah bersama bibik kerana mereka masih melayan mimpi indah lol ayat skema hehe. So kami pergi lah berempat hihi.

Lebih kurang sampai sana dalam pukul 9.15 pagi. Majlis nampaknya dah start dengar pelaporan markah daripada Cg Zeeha PK HEA. Masuk masuk terus nak meluru ke kengkawan sebenarnya tapi ibu tarik suruh duk dengan ibu hehe. Duk depan sekali kot haha mangat pelik. Barisan depan sekali barisan guru lelaki. Lahai ibu ayah ku. Malu sia okay layan je. Pastu terus penyerahan transkrip bagi pelajar 11 A. 11 A 11 orang. Tahniah belake deh nah muah ciked. Saya tidak tergolong ok hm masa tu dah nak nangis berselok ase. Masih tak dapat estimate berapa dapat nanti.


Analisa 'A'


Lepas je pembahagian transkrip sek sek 11 A tu, MC iatu Ustaz Zaidi cakap yang kena ambil transkrip di belakang. Okay terus meluru ke belakang dan cari corner kelas 3 Abu Amru. Nampak cikgu Arida dan cikgu Azira. Lawa sangat mereka.. wiwitt hehehe. Aku sorang je duduk yang lain tak nak duduk sebab semua nervous haha. Cikgu Arida cari nama aku.. tet tet tet.. Dapat dapat je terus ibu peluk cium aku. Waaaaaaa menangis berselok di situ. Alhamdulillah ni keputusannya..


menangis dalam gembira. 


kata kata gembira yang tak dapat diunkapkan :')



this is it. result pt3 aku woiii. TT_TT


alhamdulillah tidak menghampakan mereka. it is more than enough. tak expect langsung. alhamdulillah terima kasih Allah atas keputusan yang Engkau berikan ^^

English Lisan B woi. Ohoi malu pulak kita lahai. 10A 1B is more than enough alhamdulillah. Tu rezki aku k dah jangan complain hehehe. Ada kisah di sebaliknye haha. Ada inspirasi dalam tu jadi ketor lalu kite haha au bende k bai tutup cerita ni ok hihi.

Lepas amik result, nangis nangis sikit. Peluk ibu ayah dan kak awin semua. Alhamdulillah keputusan ni dapat mengukir senyuman manis lebar di wajah mereka.

'Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. Ayah bangga dengan anum. Bangga sangat. Harapan ayah semoga anum mendapat keputusan cemerlang didengari Allah. Ayah sangat sayangkan anum. Anum tidak menghancurkan harapan ayah.'

'Ibu pun sama. Alhamdulillah anum dapat buktikan yang anum betul betul berusaha untuk mendapat kejayaan yang sangat cemerlang. Walaupun peperiksaan sebelum ni tidak stabil, tapi anum dah buktikan pada peperiksaan yang sebenar. Alhamdulillah ibu sangat bangga dengan anum.'

'Tahniah num. Kira hebat ah ni. Alah lek ah lisan je pun. Periksa bertulis straight kot. Kira advance lah ni num, awin spm pun 9 subjek je. Anum PT3 kot 11 subjek. Katang ah batch anum. Salute doe num.'

Alhamdulillah kata kata positif dikeluarkan oleh mereka. Terima kasih Allah sekali lagi. Hah ni ayat last ayah dan ibu tadi tak ingat nak mention tadi.

'Ni dah dapat result ni, balik nanti terus isi borang SBP online okay. Pastu terus apply. Ayah tak kisah anum nak sekolah mana mana pun asalkan anum belajar dan berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam spm nanti insyaallah ameenn'

'Ibu pun sama. Tak kisah sekolah mana mana pun asalkan bukan imtiaz lagi dah. Ok?'

Wiwowiwowiwo. Sentap kejap. Hahaha hm parents terus bagi ayat tu last last. Omaigad, pindah ke aku ni? Insyaallah rezki di mana mana. Kawan dimana mana boleh dicari. Insyaallah...

Lepas je bercakap cakap dengan ayah ibu kak win, aku terus lari ke sek sek tu hehehe. Rindu gila kawan sia. Lari terus peluk cium waaaaaaaaa hahahaha. Alhamdulillah keputusan kami memuaskan. Tahniah beb, usaha korang berbaloii. Tahniah semua Acme Luminous. Lepas gossip gossip, apa lagi kan? Selfie... hehehehe.

sek kite. family kite.


selfie ngan sek straight A kali hehehe. Tahniah ummi.. farah.

bersama best student imtiaz kemaman. 
Tahniah Husna Mardhiyyah.


baju kuning everywhere hehehe.


jet jet je pegang 11 A tu haha orang punya >_<


kuat selfie sek ning hahaha lol. 


Ainul ada bawak kek hasil duit batch banat je lah hehehe. Pastu ada lah jamu jamu sikit. 


Olololo so sweet hahaha.

Btw, nak ucap tahniah banyak kat makcik ni. Tahniah Nurfarah Nadiah binti Abdul Aziz. Tahniah Ketua Dorm Hafsah 1. Tahniah my the best ever bestie in the world. Tahniah anak tunggal Abdul Aziz. You have did the best so accept the best result. Tahniah weh. Bangga jadi befren mu. Wuhuu aku sayang mu sampai mati eh dok. Sampai syurga ek. Jangan lupa aku doh ah. Sayang ngak mu ning nak muah sikit hehehe. 11A kot tahniah beb. Nanti dah berjaya jangan lupa aku doh ah. stik hidung kang hehe.

Ok dah sambung cerita balik hehehe. Hah pastu ada lah snap banyak sangat gambar dengan princess ni. yelah bila kami bertemu, banyak ragamnye hehe.











Masa tengah sibuk sibuk dengan farah ni, ibu pun datang lah.. haa nampak gambar tu kan hehe. Ibu cakap... "cepat cepat ibu nak pergi kerja pulak ni. Patient dah tunggu ibu." alahai nak pergi dah ke bu? Okay okay. Jap bu jap 4 minit lagi hehehe. pastu dan lagi ambil gambar mase tengah jalan jalan pun hehe.


semek ni sampai lambat. baru sempat bergambar dengan dia


my best teacher ever. yang tengah tu inspiration muahahaha hehe.
yang kiri, ustaz zaidi, tengah cikgu roslan, yang kanan sir idruss
semua ajar ambe. TERIMA KASIH CIKGU :)


siti hajar. budak paling sporting hehe.
aku rindu mung wehh,


Lepas je snap snap... Terus ke kereta. Ayah dah tunggu betul betul depan dewan besar. Pgh macam VIP doh hahahaha. Okay pastu terus ke dungun. 

Dah berakhir sudah cerita 22 December. Alhamdulillah Allah ease everything. Tahniah semua batch 99'. Tahniah Acme Luminous. Tahniah Mazlin Hanum.






Lots of Love,
xoxo





Sunday 14 December 2014

Target cuti kali ini....

Assalamualaikum Malaysia muahahaha, ((bajet aku duk oversea je tui))

So sekarang nak kongsi sikit. Mazlin ni sebenarnya dalam mission tau. Dan jangan sape sape pun berani nak kacau mission murni kita ni HEHE. Emm apakah mission tu? As sekarang dah menggemuk dah menggedempol dah mengedabak dah mengedebap, so sekarang dah tanam dalam dalam jiwa ni nak jayakan satu misi. Iatu? Projek........DIET muehehehehehe.

Masih dalam misi, masih dalam projek. Nak tahu berjaya atau tidak, nantikan post mazlin yang akan datang okay? Nanti kita post pulak perkembangannye HEHE. Emm misi ni sebenarnya susah sangat nak jayakan. eh tak tak, tak susah pun. Cuma bukan senang je kan. Hehe kan ada orang cakap jangan cakap benda yang negative, nanti tak jadi jugak sebab kata kata tu kan doa. Okay so saya ni positive lah sokmo sokmo nye...

Nafsu tinggi macam gunung everest, ingat senang ke nak lupuskan? Ish jahat betul perumpamaan gue hahaha. Emm nafsu nak makannye, nafsu malas nak exercise, malas nak jogging lah. Ish letih betul nak layan nafsu durjana ni ish. Tapi pape hal pun, I tetap berjuang menentang nafsu nafsu tu ha.

Alhamdulillah rasanya sekarang ni nafsu nafsu tu dapat dikurangkan hehehe. Makan pun tak macam dulu. Takdelah makan sampai tak ingat dunia dah. Makan makan makan je 24/7 mana tak debabnye kan. So sekarang dah dapat kurangkan. Lebih dari tu, I try tak makan nasi so I hope laa cepat sikit turun badan ni sebelum buka sekolah. Malu lah pulak nanti datang sekolah badan debab macam !@#$%^&*

Pasal diet yang tak makan nasi tu, I ada dengar dari orang yang tu cara tercepat nak turunkan berat badan. Lagipun mummy I dah pernah cuba. 3 months without rice beb akhirnya turun mendadak sia. Kalau tak silap lah kan 13 kg rasenye turun. Pgh daebak lah terngana aku oi! Kawan kawan mummy semua tanya apasal kecil semacam je doktor ni? HAHAHA semua curious tho.

So i pun nak try follow lah kan. Memang susah sebenarnya nak berpisah dengan nasi tapi kalau kita betul betul usaha nak satu tu mesti semangat kan. Disebabkan semangat yang membara ni, I pun rasa tak nak makan nasi. So akhirnya sekarang dah tak terliur pun ngan nasi hehehe. Tapi kalau dah ibu masak nasi lemak ke nasi minyak ke nasi goreng ke kan haih terpaksalah makan lol. Takkan nak kebulur ish tu cara diet yang tidak sihat tu kalau sampai kebulur kan wehehehe. Tapi kurangkan kuantiti nya lah. Adus cakap macam pakar diet je HAHAHA wadehel wekk ><

Hitung hitung hari, lebih kurang 1 week lebih kot diet ni hehe. Every evening (tak pernah missed lagi setakat ni), jog di taman. Everyday NO rice.. Ratah lauk sahaja. Malam takyah makan, minum air je hah ni pesanan Cikgu Tercinta hehe siapa tu? Jeng jeng jeng hahaha CR kita lah siapa lagi kan :p Cikgu Roslan jangan blushing kita mention dia kat sini hehehe. So sekarang ni usaha usaha usaha. Macam mana nak kurus kan kalau asyik goyang kaki cuma mulut je melebih cakap nak kurus la apa la tapi usaha hapa pun tadak. Kan kan?


Ni masa mula mula start nak diet.
First jogging kat pantai. Pastu tukar jogging di taman pulak sebab ombak makin kuat ><


talk to my hand hehehe.
Bila outfit cantik je ada mood nak bergambar sebelum jogging :)


Hah selain usaha, kita pun kena doa. Korang mesti ingat diet ni main main kan. Hek eleh buat apa doa. Diet je pun. Yes memang tu tanggapan korang. Tapi korang kena ingat, everything happens dengan izin Allah tau. Kalau kita usaha usaha usaha diet, nak turunkan berat badan, nak kurus, tapi kalau kita tak doa, tak buat apa yang Dia suruh.....all the efforts just waste guys. Noted it pls. Kalau Allah tak izin kita kurus, tak boleh lah kurus. So diet ni pun perlukan keredhaan Allah sebenarnya. Eventhough just a small thing, but must refer to Him first.

Hah lagipun I dah dapat keredhaan parents nak diet ni hahaha. Diet I kali ni serious nak mati. Betul ni betul seriusss. Mum and dad support me whatever I do. Memang lah diorang sokong sangat kan sebab takkan nak tengok anak debab kan kan. Sampai ayah pun dah panggil 'Si Gemuk' oh damn it i hate waaaaa TT_TT Mum pun support neway. Mummy dah tahu I tak makan nasi, mummy masakkan sup sayur. Waa nanti bukan sahaja kurus. Malah sihat hahaha. Bibik pun main peranan yang sama. Tapi ada gak pernah paksa I makan nasi sebab masa tu dia masakkan nasi lemak HAHA so I makan lah SIKIT ok SIKIT. Hehehe.

Bila tengok berat kakak lebih rigan dari kita kan.......lagi membara rasanya nak diet ni hah. Eventhough I am taller than her hehehe. 9 cm kot beza. Haha aku yang terlebih besar ke dia yang kecik? I am 15 y/ height 164 cm. She is 17 y/o height 155 cm. Mana mana pergi pun, takde yang cakap aku adik. Sokmo dan sokmo je jadi kakak dia. Alah rasa tua pulak. Eh tak tak bukan tua, matured k matured hehehe. Sampai kan ada kawan dia salam aku cium tangan. Terkejut hang. Aku sampai 'eh eh saya baru form 3 kak' berselok suka hahahahaha,

Hah tu je cerita pasal mission kita ni. Korang pun kena lah support ye jangan membangkang hehehe. Lagipun next year Larian Imtiaz target top 3 :p hehehe insyaallah boleh kot. Jog aje cuti ni stamina meningkat hehehe. Tapi upper lah masalahnya hm banyak pulak saingan. Takpe kita lawan lawan hehehe.

So korang.. Doakan I dapat turunkan berat badan okay. Target cuti ni.... Hehe kerjasama anda amatlah dihargai LOL hehehe. Kbai muah sikit hehehe.





Lots of love,
xoxo




Wednesday 26 November 2014

2015..... Where am I?

Hai blog... I do miss you sangat lah waaaa dah lama sangat tinggal u ni kan. Nampak wallpaper dah rosak haiya takpe nanti I ganti yang baru okay. Eh nampak tak link blog berbeza tu? Ha tu kes dah tukar kat nogori sombilan. Alang alang rumah wan ada wifi hihi.

Kenapa Kakak Sado? Mesti tertanya tanya kan. Gelaran ni dah diturunkan kepada I oleh rakyat rakyat IKEM yang disayangi tu... Kenapa? I SADO sangatkah? Hahaha yang tu I dont know, you better ask that to someone of them. Tapi serious talk, I SADO hati, SADO jiwa, jiwa kental tau hehehe. Tak suka sangat ngan panggilan tu, but its okay, I love it sebab bukan senang nak dapat gelaran orang bagi kan. Okay so this is me, Kakak SADO ^_^

Okay let's back to the main topic...... "Where Am I in 2015???"

Disebabkan dah habis PT3, dah habis alam sekolah menengah bawah, dah habis zaman kegemilangan megang >_< hehehe, so everyone 99's now thinking about their result and further school for form 4. yeah termasuk dengan diri ambe juga. So where am I next year?

Mum and dad keep talking about transfer school ohplease.
They keep talking about MRSM. Oh apa yang special sangat dengan MRSM tu pun aku tak paham betul la.
hmm either I want or not, I still have to follow what they've said. Why? Because I am the youngest daughter in the family. hmmmmm perlu ke? teet teet teet_____________

Okay, sebenarnya 3minggu sebelum cuti, kita tak hantar henset hehe jet jet megang kan hehehe. Tapi tu bukan main nye nak cakap. The main is, ayah ada hantar mesej macam ni


Tapi satu pun tak berjawab. Jahat betul kan? Haish, dah orang kata orang tak nak tu tak nak lah  :p
Ayah pun call. Kite cemas then lari pergi foryer cakap ngan ayah guna earphone. and I bet no one there except me. Ayah teruskan cakap pasal MRSM. Okay kita dengar je. Dah bagi no IC, dah bagi angka giliran. tapi result trial masih belum bagi sebab dia nak salinan kan. Tapi sebenarnya salinan result tu dah ada kat ibu. Ibu cakap ibu dah terhilangkan and suruh I minta yang baru. so what i have to do is, esok ke bilik guru and kena mintak dengan cikgu.

The next day, I ke bilik guru bersama beberapa lagi sahabat lain yang nak MRSM jugak tu. I mintak ngan ustazah Rashidah salinan result trial. Tapi ustazah cakap......

"Aik, bukan saya dah bagi dah ke masa temu murni haritu kat parents awak?"

"Ye memang dah bagi, tapiii ibu saya dah TERhilangkan lah ustazah. Takde ke yang lain dah?"

"Laa, dah takde dah ni. Satu tu je yang ada. Kan saya dah bagi, takde yang lain dah lah."

"Emm macam tu ke ustazah? Takpelah..... saya inform ke ayah saya dulu. Terima kasih"
*salam ustazah, kiss kiss*

Okay, pastu inform kat ayah yang cikgu cakap dah takde salinan result tu... Ayah marah, ayah cakap
"pergi mintak lagi dengan cikgu esok. Mesti adanye. Bende boleh settle kan"
*ayah ni lama lama nak kena jugak ni, yang cakap dengan cikgunye aku. -,-'*

Tapi sebenarnya aku respect dengan ayah sebab ayah semangat sangat. Aku je jahat melambat lambatkan. So the next day, aku.............tak pergi pun sebenarnya hehehe. The next next day, the next next next next day pun tak pergi then lupaaaaa. Last last tak mintak pun kan.

Minggu last persekolahan, baru sel-sel otak ni berhubung. And teringat balik apa yang ayah pesan. 2 hari sebelum habis sekolah, hari rabu.. Saya ke bilik guru dan jumpa lagi dengan ustazah. Ustazah cakap dia akan print balik and esok datang jumpa dia. *Hah tu ada. Betul cakap ayah, semua benda boleh settle...

The next day, dapat tahu yang semua cikgu ada meeting ngan Cik Lan kat pejabat YT di Kayteee. Hah semua cikgu? Maknenye ustazah Rashidah pun ah? Dah tu cane aku ni? Aku tetap ke bilik guru although tahu ustazah takde. Buka pintu bilik guru, I saw someone there. And she is our T-Help, Teacher Nadirah.

So dengan muka tak malu... tapi sebenarnya tak segan mana pun sebab kita ni rapat lah ngan teacher. Gambar kite ni dah belambak dalam fon teacher sampai kena mark 'Ratu Selfie' tau hehehee. So dengan tidak segan mana, mintak tolong teacher whatsapp ustazah Rashidah dan tanya pasal salinan result saya tuuu. And alhamdulillah ada respon. Ustazah suruh teacher printkan sendiri result tu. Lepas print, I terus ke pejabat untuk ada cop disahbenarkan. And fuhhh, it is done!

Pukul 2 petang, ayah sampai sekolah, ibu call kita and ingatkan supaya buat balik semua barang and jangan tinggal satu pun termasuklah rak buku. Ey ibu ni beria ia je nak pindah hmmmm. Dalam perjalanan ke rumah, ayah tanya pasal salinan result tu, fuhh mujur aku sempat mintak :D aku cakap lah semua dah settle yah. Tapi masih tertanya aku ni sebab MRSM ni takde tarikh tutup ke? Pastu aku tanya ayah dan ayah jawab, dia extend tarikh tu sampai 30 nov. So ada masa lagi lah kan...

Hari khamis balik tu... Hari sabtu ibu dah ajak pergi nogori sombilan ada wedding belah mak induk katenye. Tapi pergi kejap je. Lepas wedding keesokan harinya terus balik. Sampai rumah dalam pukul 2.30 pagi hari isnin. So hari Isnin, ayah macam gelabah je ajak aku pergi Pejabat MARA nak settlekan semua ni. Pukul 2 petang ayah suruh siap siap ikut ayah pergi Pejabat MARA. Aku bawa sekali salinan IC, salinan keputusan percubaan dan nombor angka giliran periksa. Pastu terus ke Pejabat MARA.

Sampai sana, aku macam nak tak nak je melangkah. Macam tak nak jalan pun gayanya. Ayah marah suruh cepat sikit jalan. Oish tengok muka ayah yang semangat sangat tu rase bersalah pulak kita ni. Taknak pulak menghampakan dia. Kita pun ikut lah. Sampai kat kaunter tu, jumpa lah sorang kakak staff ni. Tanya dia pasal MRSM.... Ayah cakap..........

"Saya nak daftarkan untuk anak ni untuk pengambilan tingkatan 4."

"Tingkatan 4? Maaf lah cik tapi sistem dah tutup. Sebenarnya tarikh tutup dah lama tutup. Harini dah 24/11.. tarikh tutup 14 nov haritu dah. tu pun dia extend sampai 17 hb je."

"La yeke? Saya ingatkan dia extend sampai 30 nov. Hm takde dah lah ni?"

"Maaf cik, tapi sistem memang dah tutup terus"

Aku yang duk tepi ayah dah sengih sorang sorang hehe. Memang gembira kan bila dapat tahu takkan move out to mrsm hehehe. Tapi tengok ayah macam sedih pulak. Ohmaii I ruined his hope. Ayah dah lama berharap aku masuk MRSM dari form 1 lagi. hmmm sedih pulak kite ni. Sorry ayah! I love you waaaa TT_TT

Dalam perjalanan balik, banyaklah ayah cakap. Touching waaaa.

"Ayah betul betul kecewa dengan anum. Ayah semangat sangat nak tengok sorang dari anak ayah masuk mrsm. Sorang je takpe dah. Ayah nak kalau boleh anum lah MRSM. Haritu anum form 1 kan dah dapat MRSM KOpu tapi ibu pulak tolak. Ayah nak usahakan lah pulak tingkatan 4 ni anum masuk MRSM hmm. Dah tu nak wat cane ni kan. Tinggal adik adik anum lah nanti yang masuk MRSM. Ayah beria ia hantar mesej kat anum, tapi satu pun anum tak layan kan. Kalau ayah sorang je yang semangat tak jadi gak. Anum yang tak nak kan. Ayah bukan apa. Ayah nak anum rasa suasana belajar lain nanti masuk tingkatan 4. Biar open minded sikit. Tambah kawan. Hmm takpelah. Nak buat macam mana. Takpelah stay lah Imtiaz tu sampai tingkatan 5, belajar betul betul. Kalau tak pun nanti ayah cari SBP anum yang lain."

Those words make me cried. Miane ayah forgive me......

So that is the decision. I will not move to MRSM. Either I will stay or move out to another SBP. But I think, I will stay because ayah macam dah tak nak layan aku. Oh god, miane. Aku menghampakan ayah waaaaaaa maaf dipinta sob sob....



Lots of love :(
xoxo



Saturday 30 August 2014

Merdeka or Trial ?

Hai uolls. Miss me huh? Haha its almost 4 months kot tak update. Yelah modem wifi kat rumah buat trouble pulak ish macam macam tak paham gak ish >_< k k back to tajuk besar.

MERDEKA or TRIAL ?

Merdeka 31 Ogos while Trial 1 September. What? Aaaaaaa tak bermerdeka mana lah aku tahun ni kan. Ish tak merdeka apanye sekarang pun ada kat selangor ish memang tak sedar diri lagi budak ni hmmm. Actually minggu ni patutnya ada kelas kononnya lah kan form three diharamkan balik. Tapi disebabkan crew crew dema yang tak nak masak tu kami terpaksa lah diusir balik semua. Hah yang itu dikuatirkan act. Kalau aku balik, thats mean i'll follow my family to the wedding at seremban and selangor, and exactly yeah true is im not studying tho ughh.

on the way ~

So ini eventnya. Jumaat petang bertolak singgah SAHUT di kuala berang visit kakak SPM. Dia tidak dibenarkan balik ada kelas katenye ohh jeles. About 8:30 p.m. kami road to seremban. Sampai kat sana lebih kurang 1.30. 5 jam staright doe aku tidur dalam kereta muahahaha. K sampai sampai terus check in hotel. 

this is the only one hotel yang tak full. nasib baik ada.

the next morning, kami terus gerak ke lokasi pengantin. Abang Azwan wa Kak Farah <3 sepupu belah ibu.

selpie lu kita anak beranak sebelum pengantin tiba...

kompang dipalu, pengantin baru ~

bagai pinang dibelah dua. temanya biru :)

#ootd
ombre skirts ~

selesai je majlis, kami beransur pergi. terus menuju ke Selangor Darul Ehsan. pergi untuk wedding ciksu belah ayah pulak ni yang akan diadakan 31 Ogos ni hah. Meriah sangat. 7 family sertai rombongan prgghh  daebak lah. k happy sangat sebab meriah gila *buku tak tahu dah campak katne kan ugh..

malam tu kami pergi dinner di restoran yang agak besar, tepi pantai. lawa gilaa. meriah gila. tapi tak sempat lah nak ambil gambar, ada gambar personal je hehe, malam ni i jadi babysitter tau. kena jaga sepasang baby kembar dua orang ni, mama papa dia tengah makan.

left : dani (baby boy)
right : dhia (baby girl)
twins :3

k selesai dinner, kami terus head ke rumah nak prepare for bbq as supper today. hah bbq malam merdeka wut wutt ^^

with abang sado :) peace ala ala korea ~

sikit je gambar yang available dalam fon ni hah. yang selebihnya ada dalam fon abang sado tu. maaf lah ye hehehe.

tu je lah harini kot. sekarang ni semua tengah melayan mimpi indah. ambe masih tercegat mengupdate blog ni hah 4:34 a.m.

kbye guys, do pray for me for this trial 1 September 2014. May Allah ease everything. Straight A's for sure insyaallah ameen. XOXO guys taa im fighting towards straight A's for the trial ^_^


Lots of love,
xoxo




Thursday 24 April 2014

Balik balik

Holla guys it it Thursday, Dah tepati janji kan haha. Hm yeah so now I'm home! Balik naik bas yang bertolak pukul 3. Sampai di 'Dungun Membangun' around 4 o'clock. Called mum and she ask me to go KFC and wait her there sebab ada air cond kan. Banat dungun kali ni tiba tiba pupus. Tinggal udai je yang boleh meneman kali ni. Lepak ngan udai and a few minutes later mak udai dah sampai and so yeah Im alone. Mase tu pukul 4: 30 petang. Battery cellphone pun is about to die about 4% lagi. Call ibu and ibu cakap ada 2 patients lagi. And yeah I have to wait again lah kan. Main main phone sementara tunggu tu tup tup mati oh gila. Bosan nak matiiiiiiii je lepas tu. Rugi tak jimat battery masa guna kat sekolah ish sesal sesal. K lepas je cellphone takde nyawa. Aku nak buat apa lagi lah kan. Keseorangan dan makin lama makin nak gila. Untuk elak gila tu, tidur je penyelesaian dia kan. Pernah tengok tak orang tidur kat KFC? Tak kan? Ni dia ada pemecah rekod baharu goes to Mazlin Hanum haha.

Krooh krooh.....

Around 5 p.m. my mum arrived. Beli KFC and terus balik. Makan makan kat rumah and yeah tak lupa nak cas nfon tu dulu ha haha. Pukul 7:30 mata dan start dah. Nak buka tak buka je layu layu. And yeah beberapa saat kemudian syahid lah minah ni. Sampai pukul 10:30 malam. Tulah rutin kalau balik asrama. Tidur tidur tidur and yeah that is my favourite hobby ever hihihi. 10:30 tu pun bangun sebab ayah yang kejutkan ajak pergi late dinner kat luar satu family. Tapi umar jelah yang tak ikut dia dan krooh krohh dalam bilik. Tinggal je dia kat rumah dengan bibik. At first, malas nak pergi sebab kena bersiap bagai ish.Tapi pergilah jugakkan sebab bila lagi nak makan makan cam ni kan. Hm yeah kuatkan diri nak bersiap. Sauk shawl je tak payah gosok gosok. Omgee and yeah my second time. Hah actually nak share sikit kat sini. I dan ada keberanian nak pakai shawl wuhuu perubahan ok wawawa.

Shawllll. Ootn.

Sampai kat restoran tu, I order mee hoon tomyam dah lama dah mengidam sebenarnya. Hehe.

Selfieeeeee. Ily awin xoxo.


Family riuh bila gathered together.

Lepas dinner tu, terus balik and yeah semua kenyang. Haha thats all for today. 

Lots of love,
xoxo

Saturday 19 April 2014

Outing.

Hai holla guys budak manja outing ni. Haha manja ke? Tak pun. Ibu tawar nak outing ke tak even next week dah boleh balik tapi tetap tak boleh tolak. First time kot outing ke rumah. Haha ibu cuti harini woah ponteng banyak ibuku ni. Di kesempatan itu, bawak baliklah baju kotor yang tak sempat nak basuh tuu. Nak buli bibik lalalalala. Ohh umm tadi sebelum solat zohor ada accident sikit. Jari I kena kaca dan berdarah. Newayy, I ni dahlah type of girl yang tak cukup vitamin K. Vitamin K? Haha apa tu? Tak cukup vitamin K, pendarahan lambat berhenti. Hmm sabo jelah melayan karenah darahku ni. Benda kecik je padahal darah je melebih haishh.

Bleeding. 

Oyeah nasib baik ada bekal banyak sangat plaster kat rumah ni. Hehehe thanks ibu. K dah pasal accident tu kita tutup cerita ok. Hah sambung cerita pasal outing. Tadi kan aku tolong ibu masak hehe tu yang excited gilaaaa ok. Ibu masak macam macam. Laksa pulak harini. Haha gambar takdek ok sebab semuanya dah masuk perut I. Mohon jeles :p emm e'eh tanpa disedari dah pukul 5 kan? Aaaaa okay bye nak balik hostel.


Imtiaz, Im cominggggg.

Dear blog I'll miss you muah muah last kiss from me ahaha. Assalamualaikum. Will be right back this Thursday ok.

Lots of love,
xoxo



Friday 11 April 2014

Ohnoo balik asrama how I hate that

Morning guys. Ops silapan teknikal haha actually evening! Ni semua blog punya pasal lah ni. I sacrifice not to sleep just because to manage this blog ahaha and yes it worth alhamdulillah. Tidur lewat, bangun pun lewat lah kan. Ish apalah. Rasa macam tak nak bangun tidur okay ugh sebab bangun bangun je kena pack things ke asrama ohh sadlife. Nak ke tak nak ke, but I have to. K sokay it the best way to succces actually. Insyaallah kejayaan milik I. Amin hehe.

Ha nak story sikit semalam satu family keluar nak supper kat 'Mama Chop Papa Steaks' unyum nyum. Special sikit lah kan sebab dah nak balik asrama lah katakan haha amboii special ok. Tulah kelebihan asrama sebenarnya. Kalau balik je, mesti disambut dengan baik yeah I like it wuhuu. "Ada hikmah disebaliknya" I trust that word yes.

I am a soldier of the night. OOTN

Malam tu tiba tiba mimpi nak try shawl haha. First time jugak lah pakai shawl. Act I ni bukan jenis shawl girl ok. I am bawalian. Haha srsly tak expected langsung menjadi. Wearing a wide shawl alhamdulillah it happens. Lepas ni kena cuba banyak benda baru kan haha. E'eh bibik dah memekik 'Anum, packing! Dah nak pukul 3, nanti ayah marah!' 'Ye bik, okay okay.' So guys gtg nanti bising lagi makcik tu. Nak balik asrama dah. 1 bulan lagi lah kot blog ni nak bergerak balik. Keep reading.

Lots of love,
xoxo

Pembuka Bicara

Hey hoi holla guys. Salam perkenalan dan assalamualaikum ya. I would like to express my feelings now wohoo. Finally and finally here is. Blog sdn bhd Mazlin Hanum. Selamat datang wahai stalker baru. Tbh, dah beribu kali dah buat blog sebenarnya, Tapi sebab masalah nyanyuk...tak ingat email password haha kalah mak nenek moyang aku woii. and one more problem is takde masa. Maklumlah orang busy hahaha. Busy ke? Quite lah. Budak hostel fyi okay. Tapi takpe for blog yang entah ke berapa dah ni, aku akan handle dengan baik insyaallah. Dear blog, I will take care of you and pls dont make any trouble okay? Hm okay for stalkers, setia membaca okay. There are a lot of story in my life wuhuu so keep reading. Sebagai pembuka bicara, kenal lah dulu the blog owner ni ha. Kasi gambar je dulu. Sesi ta'aruf kemudian hari okay.

Totally imperfect.

Be nice to me guys, i am new. 

Lots of love,
xoxo