Hai blog... I do miss you sangat lah waaaa dah lama sangat tinggal u ni kan. Nampak wallpaper dah rosak haiya takpe nanti I ganti yang baru okay. Eh nampak tak link blog berbeza tu? Ha tu kes dah tukar kat nogori sombilan. Alang alang rumah wan ada wifi hihi.
Kenapa Kakak Sado? Mesti tertanya tanya kan. Gelaran ni dah diturunkan kepada I oleh rakyat rakyat IKEM yang disayangi tu... Kenapa? I SADO sangatkah? Hahaha yang tu I dont know, you better ask that to someone of them. Tapi serious talk, I SADO hati, SADO jiwa, jiwa kental tau hehehe. Tak suka sangat ngan panggilan tu, but its okay, I love it sebab bukan senang nak dapat gelaran orang bagi kan. Okay so this is me, Kakak SADO ^_^
Okay let's back to the main topic...... "Where Am I in 2015???"
Disebabkan dah habis PT3, dah habis alam sekolah menengah bawah, dah habis zaman kegemilangan megang >_< hehehe, so everyone 99's now thinking about their result and further school for form 4. yeah termasuk dengan diri ambe juga. So where am I next year?
Mum and dad keep talking about transfer school ohplease.
They keep talking about MRSM. Oh apa yang special sangat dengan MRSM tu pun aku tak paham betul la.
hmm either I want or not, I still have to follow what they've said. Why? Because I am the youngest daughter in the family. hmmmmm perlu ke? teet teet teet_____________
Okay, sebenarnya 3minggu sebelum cuti, kita tak hantar henset hehe jet jet megang kan hehehe. Tapi tu bukan main nye nak cakap. The main is, ayah ada hantar mesej macam ni
Tapi satu pun tak berjawab. Jahat betul kan? Haish, dah orang kata orang tak nak tu tak nak lah :p
Ayah pun call. Kite cemas then lari pergi foryer cakap ngan ayah guna earphone. and I bet no one there except me. Ayah teruskan cakap pasal MRSM. Okay kita dengar je. Dah bagi no IC, dah bagi angka giliran. tapi result trial masih belum bagi sebab dia nak salinan kan. Tapi sebenarnya salinan result tu dah ada kat ibu. Ibu cakap ibu dah terhilangkan and suruh I minta yang baru. so what i have to do is, esok ke bilik guru and kena mintak dengan cikgu.
The next day, I ke bilik guru bersama beberapa lagi sahabat lain yang nak MRSM jugak tu. I mintak ngan ustazah Rashidah salinan result trial. Tapi ustazah cakap......
"Aik, bukan saya dah bagi dah ke masa temu murni haritu kat parents awak?"
"Ye memang dah bagi, tapiii ibu saya dah TERhilangkan lah ustazah. Takde ke yang lain dah?"
"Laa, dah takde dah ni. Satu tu je yang ada. Kan saya dah bagi, takde yang lain dah lah."
"Emm macam tu ke ustazah? Takpelah..... saya inform ke ayah saya dulu. Terima kasih"
*salam ustazah, kiss kiss*
Okay, pastu inform kat ayah yang cikgu cakap dah takde salinan result tu... Ayah marah, ayah cakap
"pergi mintak lagi dengan cikgu esok. Mesti adanye. Bende boleh settle kan"
*ayah ni lama lama nak kena jugak ni, yang cakap dengan cikgunye aku. -,-'*
Tapi sebenarnya aku respect dengan ayah sebab ayah semangat sangat. Aku je jahat melambat lambatkan. So the next day, aku.............tak pergi pun sebenarnya hehehe. The next next day, the next next next next day pun tak pergi then lupaaaaa. Last last tak mintak pun kan.
Minggu last persekolahan, baru sel-sel otak ni berhubung. And teringat balik apa yang ayah pesan. 2 hari sebelum habis sekolah, hari rabu.. Saya ke bilik guru dan jumpa lagi dengan ustazah. Ustazah cakap dia akan print balik and esok datang jumpa dia. *Hah tu ada. Betul cakap ayah, semua benda boleh settle...
The next day, dapat tahu yang semua cikgu ada meeting ngan Cik Lan kat pejabat YT di Kayteee. Hah semua cikgu? Maknenye ustazah Rashidah pun ah? Dah tu cane aku ni? Aku tetap ke bilik guru although tahu ustazah takde. Buka pintu bilik guru, I saw someone there. And she is our T-Help, Teacher Nadirah.
So dengan muka tak malu... tapi sebenarnya tak segan mana pun sebab kita ni rapat lah ngan teacher. Gambar kite ni dah belambak dalam fon teacher sampai kena mark 'Ratu Selfie' tau hehehee. So dengan tidak segan mana, mintak tolong teacher whatsapp ustazah Rashidah dan tanya pasal salinan result saya tuuu. And alhamdulillah ada respon. Ustazah suruh teacher printkan sendiri result tu. Lepas print, I terus ke pejabat untuk ada cop disahbenarkan. And fuhhh, it is done!
Pukul 2 petang, ayah sampai sekolah, ibu call kita and ingatkan supaya buat balik semua barang and jangan tinggal satu pun termasuklah rak buku. Ey ibu ni beria ia je nak pindah hmmmm. Dalam perjalanan ke rumah, ayah tanya pasal salinan result tu, fuhh mujur aku sempat mintak :D aku cakap lah semua dah settle yah. Tapi masih tertanya aku ni sebab MRSM ni takde tarikh tutup ke? Pastu aku tanya ayah dan ayah jawab, dia extend tarikh tu sampai 30 nov. So ada masa lagi lah kan...
Hari khamis balik tu... Hari sabtu ibu dah ajak pergi nogori sombilan ada wedding belah mak induk katenye. Tapi pergi kejap je. Lepas wedding keesokan harinya terus balik. Sampai rumah dalam pukul 2.30 pagi hari isnin. So hari Isnin, ayah macam gelabah je ajak aku pergi Pejabat MARA nak settlekan semua ni. Pukul 2 petang ayah suruh siap siap ikut ayah pergi Pejabat MARA. Aku bawa sekali salinan IC, salinan keputusan percubaan dan nombor angka giliran periksa. Pastu terus ke Pejabat MARA.
Sampai sana, aku macam nak tak nak je melangkah. Macam tak nak jalan pun gayanya. Ayah marah suruh cepat sikit jalan. Oish tengok muka ayah yang semangat sangat tu rase bersalah pulak kita ni. Taknak pulak menghampakan dia. Kita pun ikut lah. Sampai kat kaunter tu, jumpa lah sorang kakak staff ni. Tanya dia pasal MRSM.... Ayah cakap..........
"Saya nak daftarkan untuk anak ni untuk pengambilan tingkatan 4."
"Tingkatan 4? Maaf lah cik tapi sistem dah tutup. Sebenarnya tarikh tutup dah lama tutup. Harini dah 24/11.. tarikh tutup 14 nov haritu dah. tu pun dia extend sampai 17 hb je."
"La yeke? Saya ingatkan dia extend sampai 30 nov. Hm takde dah lah ni?"
"Maaf cik, tapi sistem memang dah tutup terus"
Aku yang duk tepi ayah dah sengih sorang sorang hehe. Memang gembira kan bila dapat tahu takkan move out to mrsm hehehe. Tapi tengok ayah macam sedih pulak. Ohmaii I ruined his hope. Ayah dah lama berharap aku masuk MRSM dari form 1 lagi. hmmm sedih pulak kite ni. Sorry ayah! I love you waaaa TT_TT
Dalam perjalanan balik, banyaklah ayah cakap. Touching waaaa.
"Ayah betul betul kecewa dengan anum. Ayah semangat sangat nak tengok sorang dari anak ayah masuk mrsm. Sorang je takpe dah. Ayah nak kalau boleh anum lah MRSM. Haritu anum form 1 kan dah dapat MRSM KOpu tapi ibu pulak tolak. Ayah nak usahakan lah pulak tingkatan 4 ni anum masuk MRSM hmm. Dah tu nak wat cane ni kan. Tinggal adik adik anum lah nanti yang masuk MRSM. Ayah beria ia hantar mesej kat anum, tapi satu pun anum tak layan kan. Kalau ayah sorang je yang semangat tak jadi gak. Anum yang tak nak kan. Ayah bukan apa. Ayah nak anum rasa suasana belajar lain nanti masuk tingkatan 4. Biar open minded sikit. Tambah kawan. Hmm takpelah. Nak buat macam mana. Takpelah stay lah Imtiaz tu sampai tingkatan 5, belajar betul betul. Kalau tak pun nanti ayah cari SBP anum yang lain."
Those words make me cried. Miane ayah forgive me......
So that is the decision. I will not move to MRSM. Either I will stay or move out to another SBP. But I think, I will stay because ayah macam dah tak nak layan aku. Oh god, miane. Aku menghampakan ayah waaaaaaa maaf dipinta sob sob....
Lots of love :(
xoxo